Sunday, April 26, 2009

fenomena alam

actually kejadian nie berlaku time me n my hubby dalam perjalanan balik ke belaga dari bintulu. biasala nak g bintulu use jalan balak, ala2 cam dalam rancangan petronas challenge tu.before hari kami nak lik hujan lebat kat belaga.so jalan pun becaklah(berlumpur).biasala jalan tanah kan.kami lik dari wat international passport kat imigresen bintulu. time naik 4WD (Wheel Drive) - Land Cruiser-driver dia nama Bawang (Cina/Iban), ada 4 tourist Inggeris gak bersama dengan seorang pakcik (chinese) nak masuk ke belaga.on d way kami nak sampai dah lebih kurang lagi sejam nak sampai belaga, bawang slowkan kenderaannya n berhenti.kami pun dah cuak la.yela if berhenti msti da something happen kat depan tu.tgk2 banyak keta (4WD) yang berhenti coz jambatan runtuh rupa2nya.

jentolak sedang meratakan tanah




lori yang mengangkut batu baru dinaikkan dari kawasan jambatan
yang runtuh.


hujan lebat menyebabkan jambatan yang diperbuat daripada kayu balak sahaja dan permukaan atasnya ditutup dengan tanah runtuh.aliran air sungai yang deras telah merempuh jambatan kayu itu.so kami kena menunggu lama sehingga selesai jambatan dibetulkan semula.kira kami bernasib baik coz time sampai dah tinggal nak meratakan tanah dipermukaan atas ajambatan sahaja.if not tak tau berapa lama kena tunggu.dari apa yang kami diberitahu dari pagi lagi proses membaiki dijalankan.so keta nak masuk n keluar tak dapat la.itulah masalah di belaga ni.if musim hujan akan selalulah berlakunya tanah runtuh n jambatan runtuh.apabila ini berlaku, kami tak dapatlah nak keluar ke bandar bintulu sehinggalah ia dibaiki.

ajal dan maut

takziah diucapkan kepada keluarga anak muridku. tgh malam tadi (around 12.45 tgh mlm) ada sms masuk, from cikgu roslee (my clique). sms berbunyi "nora, ada budak meninggal. dia jatuh tadi. ada kat pusat kesihatan." lebih kurang macam tula sms nya. aku terus telefon roslee coz nak tau siapakah student tu. rupanyer student form 5 dari class mpv.mmg dari dulu dia dah sakit.g sekolah pun pakai "snowcap" utk lindungi kepala dia kerana rambutnya habis gugur (kesan ubat yang diambil). itulah ketentuan Tuhan. bila2 masa sahaja 'dia' boleh mencabut nyawa kita.actually student tu mmg baik.tak pernah menimbulkan masalah disiplin kepada mana2 guru.yang amat kesiannya, dia meninggal tanpa keluarga disisinya.hanya ditemani guru dan staf di hospital.pagi ni baru keluarganya akan datang dari kampung. student nie student asrama.skang nie ramai orang di pusat kesihatan belaga(uma perah) menziarahi mayat tersebut. itulah ketentuan ilahi. yang hidup pasti akan mati.

Thursday, April 16, 2009

operasi

dah dua hari kami (me n my fren; noe) as a warden asrama, pegi serbu hostel bebudak nie utk operasi menangkap pelajar yg bw handfon.lumayan gak lak.dapat 2 - 3 buah handfon (buah @ biji-kena tanya cikgu bm nie).mlm nie kami nak operasi lagi utk pelajar form 3 lak.jaga la korang.
bukan apa, bermula dari handfon tula akan menyebabkan berlakunya kes2 negatif kat sekolah.mayb ada yg kata tak semesti nyer.tp kat sek cnie, mmg dah jelas2 berlaku. melalui hfon nie yg girls biasanya akan contact bf mrk. kami nak cuba kurangkan kes tahun nie, especially yg berlaku dlm kalangan pelajar asrama. masalahnya ada gak pelajar yg degil. tak faham lah mrk nie.napa lah susah sgt pelajar skrg nak ikut rule yg telah ditetapkan oleh pihak-pihak tertentu. dulu sms zaman aku bersekolah.pergh...jgn citer la.itu tak boleh.ini tak boleh.tp boleh jer kami follow the rules. contoh la, mesti berpakaian kemas dan seragam sekolah (berkasut, bertali leher, bertanda nama, lencana, stoking etc). every morning ada 'spot check'. tak bole pakai T-shirt selain t-shirt sekolah time pj.ok jer.kami dapat jer melaksanakan nyer.hehe.but now, ntah ler.myb arus kemodenan tlah mmbuatkan student2 semakin hilang disiplin diri.
adalah one of my student (nama dirahsiakan).....satu hari aku masuk class utk subjek p.moral. aku tgk sorg dua student lelaki nie tak tight in baju, pakai seluar londeh sesgt.risau aku sluar tu gugur ke bwh..opppsss. aku pun dgn kesopanan;
"dot..dot...(nama yg dirahsiakan) tolong betulkan baju n seluar tu skrg. selagi tak kemas kita tak akan mula P&P (pangajaran & pembelajaran)".
dot...dot jwb.."ala cikgu...rilex ah.ni fesyen la.baju saya pendek.tak dapat tight in."
yang sorang g lak tersengih2 jer.tak tarik pun seluar ke atas.
second time aku dah rasa ada angin2 panas kuar kat telinga aku...
emm nanti korang.aku pun berkata..hehe...dengan nada marah k.."klu korang tak buat juga, sy sendiri yang akan tight in n tarik seluar kamu semua nie"
dot..dot... menjawab.."mana boleh cikgu..nanti kami akan dicabul"
hamboi2 pandai plak dia menajwab. aku balas lik "sy peduli apa, dah kamu mmg nak shw off semua kat bdn kamu sampai pakai seluar lagi cket nak nampak x@$%&* kamu. nak kata sy mencabul lak.buat cepat, jika tidak sy wat betul2 kang"...aku pun dgn penuh gaya n muka garang (kunun2 la..padahal tak kan pegang pun meka tu) melangkah pelan ke arah meka. kelam kabut meka betulkan baju. ok part ni aku tak marah sgt pun.saje jer nak main2kan budak2 nie.hehe.nakal sungguh cikgu ini.
selepas habis penerangan n salin nota, ada sorang budak pompuan nia.dia nie adala gak rekod disiplin kat sekolah ni. aku bg nama dia D la. D pun saje jer bertanya kat aku.
"cikgu, kenapa sekolah nie teruk."
aik budak nie.aku pun tanya lik."nape lak:
D jawab "yela, pakai mcm tu pun tak boleh.tu kan fesyen.nanti tak hensem la meka tu. rambut pun sama.biar jela meka wat mcm tu.tak seronok la mcm ni."
suke hati die jer.if budak lelaki tadi yg ckp aku tak kisah la.nie budak pompuan yg lain lak sibuk2.hangin la aku.aku pun trus warning la kat dia. "jika kamu rasa disiplin n peraturan menyusahkan kamu, kamu tak payah la pegi sekolah.duk diam2 kat umah"....dia nak balas g...ada la dua tiga org kwn2 dia booo kat dia...hiruk pikuk jd nyer kelas.tak jadi dia nak truskan.tp mmg dia tak puas hati lagi tu.aku wat bo layan jer. tapi aku puji gak lak bebudak sekolah aku nie.walau ada cikgu yang marah n denda mereka (yang wat salah la), mereka takdelah g serang n gores2 keta @ motor cikgu.part nie mmg aku respect la.ni kerana mereka amat menghormati cikgu2.lepas kena marah n denda meke leh jer tegur cikgu mcm biasa.no dendam2.
tp if budak kat bandar. hehe.paham2 je la k
wat ever pun byk gak kerenah2 pelajar yg aku dah alami n pelajari sepanjang di sekolah nie.ada yg seronok, ada yg mengejutkan, ada yg menyedihkan.apa pun aku bangga aku berjaya mendidik mereka sehingga ada pelajar2 ku yg berada d menara gading tika ini. i really mis all of u (my Upper six student - 2006, 2007 n 2008).tp yg really i miss my 6A1 student 2007(me asa their class teacher)..i'm proud of u guys

Monday, April 13, 2009

hola....

so ini adalah page sy yg baru.baru nak blaja2 wat page nie.masih byk kekurangan n perlu dibaiki lagi.hehe.what ever, i will try my best.actually bukan lah byk masa pun nak benda2 mcm nie.tp boleh la utk menghilangla tension bekerja.


esok dah start keje.bla dah lama2 cuti nie.mula ler rasa malas menguasai minda n perasaan.hehe.mana taknyer.dari hari selasa hingga hari nie(isnin) bercuti.hari selasa - khamis turun g kapit. jumaat - cuti good friday. isnin pun cuti gak (esther day - rasanya lah). keje? jgn citer lah. bercuti gak.hehe.baru nak start hari wat.huhu. start jer nak buat td migrain lak menyerang otak ku. mula la..rasa jem kepala.selalu plak dtg menyerang nyeh.telan panadol active fast. layan hindustan jap (citer lamer - The Don)..baru ok sikit.tgh syok layan, hujan plak.hujan kira ok, tp yg wat tak ok..astro (service currently not available)...huhu..tak dapat tgk abis. plak tuh until jam 6.30 msh 'krung krang krung krang'..(line tak clear)..nak tgk "Matahari" - slot drama. alahai dah miss dah episod hari ini...huhu..
apa nak buat..kena la sambung wat keje yg tak siap nie...wwwaaaaaaaaaa